February 10, 2011

HoRiZoN CiNta

ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri-nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di-minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.

Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?

ni adelah serba sdikit tntg novel yg prnah aku bc dulu..dh msok pon dlm koleksi novel aku.. best sgt novel ni. cite psl seorg insan yg sukakan alam dan hidup sebagai pelaut. kgkwn aku yg rekemenkan buku ni...

ble aku dh hbis bc buku ni,mcm2 jgk le aku blaja perkara baru. psl sbb2 npe kpl dierg nme cm pmpn,istilah/bhs dierg cm shore leave dan byk g ler.. dpt mgembara mengelilingi negara org len. stu pglmn hidup yg agak menarik. =)

bg kowg yg lom bc g,try r bc novel nih..mst korg akn tpikt n ckp novel ni agk mnrik utk dijadikan sbg slh satu koleksi novel kowg.. ok le,aku nk out lu...see ya!!